Selasa, 12 Jun 2012

rujukan kertas kerja perniagaan coklat

1. Pendahuluan & Pengenalan Projek
Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan geran bersamaan untuk permulaan perniagaan dari Small And Medium Industries Development Corporation (SMIDEC) bagi perniagaan jualan, gubahan, pembungkusan dan pelabelan coklat atas jenama choclove di pusat membeli-belah Festive Street Mall, Danga Bay Johor Bahru.
 Konsep perniagaan ini dipilih adalah kerana hasil dari kajian dan pemerhatian yang dibuat masih tiada lagi perniagaan yang benar-benar menyerupai perniagaan ini dan adalah sukar untuk mencari sebuah perniagaan yang menjual barangan berasaskan coklat serta gubahan coklat di Bandaraya Johor Bahru ini.
Lokasi ini pula dipilih adalah kerana beberapa factor antaranya kadar sewa yang berpatutan dan mampu disewa, selain itu disini juga sering diadakan acara-acara besar seperti jom heboh, konsert, promosi filem dan menjadi kawasan tumpuan pelancong dan pengunjung dari dalam dan luar Bandaraya Johor Bahru.
Potensi perniagaan ini adalah amat besar untuk masa hadapan, melalui rancangan pemasaran dan promosi yang berkesan nescaya perniagaan ini akan berkembang dengan baik di masa akan datang. Persaingan bagi perniagaan ini juga dilihat agak kurang kerana dengan rancangan pemasaran dan promosi yang akan dibuat dilihat perniagaan ini akan mewujudkan segmentasi pasaran dan pelanggan yang tersendiri. Dengan izin Allah s.w.t dan usaha yang berterusan saya percaya perniagaan ini dapat dijalankan dan mempunyai prospek yang sangat cerah untuk berkembang.

2. Latar Belakang Usahawan :
2.1 Butir-Butir Peribadi:
     Nama                        : Rothalizam Bin Sumar
     No. Kad Pengenalan : 831009-01-5143
     Alamat Tetap            : No.47, Jln Beringin 1, Taman Beringin, 81400 Senai, Johor
  Umur                         : 24 Tahun
  Jantina                       : Lelaki
  Taraf Perkahwinan    : Bujang
  Warganegara             : Malaysia
  Taraf Pendidikan       : Ijazah Sarjana Muda Kewangan Dengan Kepujian ( UUM)
  Kelulusan Akademik :
Peringkat
Tahun
Keputusan
Sijil Pelajaran Malaysia
2000
4A,4B,1D
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

2002

3P, 1R
Ijazah Sarjana Muda Kewangan (Hons)- UUM

2006

2.72 PMK

   Agama : Islam
Pengalaman Kerja:
Jawatan
Tempat Bekerja
Tempoh Bekerja
Pembantu dapur
Palm villa Golf Club, Johor
6 Bulan
Golf Marshal
Palm Resort Golf Club, Johor

3 Bulan
Operator pengeluaran
Venture Technocom, Johor
3 Bulan
Pengurus Operasi
ARS IMPEX s/b
1 Tahun, 6 Bulan

Pekerjaan Sekarang : Berniaga

Kursus-Kursus Yang Dihadiri :
Nama Kursus
Tempat
Tahun
OSK Futures & Opsyen
Pulau Pinang
2004
Kursus Motivasi Keusahawanan
OutBound School, Lumut
2006
Bengkel Rancangan Perniagaan PROSPER
Delta Inn, Shah Alam
2007


Kemahiran/ Kebolehan : Mengurus Kewangan, mengurus stok, mengurus perjalanan 
                                         operasi syarikat, membuat pelaburan di bursa saham.
Telefon Bimbit              : 012-5693843
Sumber Rujukan           : Sumar Bin Kochit ( 013-7616400)
Hubungan: Bapa

2.2 Akaun Bank:
      
Nama Bank
Jenis Akaun
No. Akaun
Maybank
Akaun semasa
551137105026





3. Projek Cadangan:
i.  Jenis             : Perniagaan yang fokus membuat jualan dan membuat gubahan dari   coklat untuk tempahan dan sebagainya.
ii. Nama Perniagaan                     : ChocLove
iii. Lokasi                                     : Festive Street Mall, Danga Bay Johor Bahru
iv. Jumlah Kos                             : RM 50,500

4. Aspek Pengurusan :
i.   Nama           : Rothalizam Bin Sumar
ii. No K.P         :  831009-01-5143
iii.Umur           :  24 Tahun
iv.Jawatan        : Pengurus Besar
v. Kelulusan     : Ijazah Sarjana Muda Kewangan (Kepujian) UUM
vi. Pengalaman : Membangun dan menguruskan syarikat sendiri (ARS IMPEX S/B)   .
                            selama 2 tahun.
v. Gaji Bulanan : RM 1000.00
vi. Tugas            : Menguruskan Keseluruhan perjalanan perniagaan.

b) i. Jawatan : Jurujual
    ii.Bilangan : 2 Orang
    iii.Kelulusan: SPM
    iv. Gaji Bulanan : RM 600.00 seorang
    v. Tugas              : Melayan Pelanggan, urusan harian seperti kebersihan, pengiraan dan
                                  pemeriksaan stok.
                                    



c. Carta Organisasi Syarikat :
5. Aspek Perkhidmatan :
a. Peralatan yang diperlukan :
            i.    
Jenis
Kaunter
Bilangan
1
Harga
RM 1000
Pembekal
Fortune Passage Sdn Bhd

            ii.
Jenis
Cash Register
Bilangan
1
Harga
RM 2000
Pembekal
JMT Display
           

           
           




ii

Jenis
Mesin pembungkusan
Bilangan
2 set
Harga
RM 70 setiap satu
Pembekal
JMT Display



            v.  







           iv.
             
Jenis

Telefon & Mesin Fax
Bilangan
1
Harga
RM 300
Pembekal
NIL
Jenis
Papan tanda
Bilangan
1
Harga
RM 2500
Pembekal
Fortune Passage s/b


           





        


b. Senarai Jenis Coklat Dan Pembekal
Jenis
Cocoarich
Harga
Mengikut Jenis
Pembekal
GCB marketing s/b
  i







      ii.
Jenis
Ferrero Rocher
Harga
Mengikut Kuantiti
Pembekal
Harpers Trading
           




           

      iii.

Jenis
Fidani Chocolate
Harga
Mengikut Jenis
Pembekal
Fidani Choclatier s/b

           






6. Aspek Pemasaran :
   a. Kawasan/ Lokasi Perniagaan:
       Lokasi ini dipilih kerana kadar sewanya antara yang terendah diantara kompleks membeli-belah yang beroperasi di Bandaraya Johor bahru ini. Selain itu faktor kedudukan yang strategik juga boleh menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan ini. Kawasan ini sering menjadi tumpuan warga bandaraya johor bahru dan para pelawat dari dalam dan luar negara. Banyak acara-acara besar sering diadakan di kawasan ini seperti konsert-konsert, jom heboh TV3, rumah terbuka raya, sambutan kemerdekaan dan sebagainya. Selain itu kawasan ini juga di kelilingi oleh lot-lot komersial, bangunan pejabat, hotel-hotel, kawasan beriadah dan sebagainya, maka dengan itu pasaran untuk perniagaan ini telah tersedia dan ini akan memudahkan kerja-kerja promosi dan menjimatkan masa, tenaga dan kos bahan api.        


   b. Kumpulan Sasaran :
       Sasaran pasaran bagi perniagaan ini adalah meliputi semua golongan terutama kepada syarikat-syarikat korporat, agensi kerajaan, penuntut-penuntut universiti dan kolej swasta, pelajar sekolah dan sebagainya.

c. Saiz Pasaran :        
 Saiz Pasaran di Johor Bahru dianggarkan sekitar 550,000 orang termasuk penduduk dari kawasan berdekatan yang kerap mengunjungi Bandaraya Johor Bahru.Dijangkakan jumlah penduduk di kawasan ini akan terus meningkat seiring dengan perkembangan Wilayah Pembangunan Iskandar yang turut merangkumi kawasan membeli-belah ini.

d. Syer Pasaran :
 Berdasarkan kepada analisa yang dibuat ke atas pasaran didapati tiada satu pun perniagaan yang sedia ada, menyamai konsep perniagaan ini, tetapi persaingan barang niaga yang sama tetap wujud seperti coklat dan makanan berasaskan coklat. Bagaimanapun melalui strategi pemasaran yang dirancang di jangka pada tahun pertama sasaran 5% penguasaan pasaran dapat dicapai, dan untuk tahun-tahun seterusnya dijangkakan penguasaan syer pasaran akan terus meningkat.

e. Ramalan Jualan:
Berdasarkan kepada saiz dan syer pasaran yang disasarkan, kami menganggarkan jualan untuk bulan pertama operasi adalah sebanyak RM 15000, di mana kami menganggarkan purata jualan harian adalah sebanyak RM 500. Angka jualan ini diambil kira dari faktor kekerapan dan kecairan barang bertukar menjadi wang adalah tinggi, ini kerana permintaan barang makanan ringan adalah tinggi dikalangan kebanyakan orang. Melalui strategi pemasaran yang di buat kami jangkakan akan berlaku peningkatan jualan pada bulan kelima operasi dan bulan-bulan seterusnya. 

f. Strategi Pemasaran:
i. Strategi Barangan: Bagi memastikan perniagaan ini berdaya maju barangan yang dijual amat memainkan peranan penting. Strategi barangan jualan kami adalah kami menjual barangan yang mendapat sambutan tinggi dan mempunyai pelanggan yang ramai. Oleh
itu barangan jualan kami adalah lebih kepada barangan berasaskan makanan dan bahan bacaan ringan. Konsep perniagaan kami adalah sebuah premis yang menjual makanan berasaskan coklat seperti Coklat berkualiti tinggi, kek coklat dan lain-lain,  yang mempunyai permintaan tinggi serta mempunyai pelanggan setia dan tersendiri.

ii. Strategi Harga: Strategi yang kami gunakan dalam penentuan harga barangan yang kami jual adalah berdasarkan harga pasaran semasa dan lebih tinggi sedikit berbanding harga yang ditawarkan oleh para pesaing kami untuk beberapa jenis barangan tertentu. Kami tidak akan menurunkan harga semata-mata untuk mengejar jualan tinggi kerana strategi ini untuk jangka masa panjang akan merugikan industri ini sendiri.

iii. Strategi Promosi: Bentuk strategi promosi yang kami gunakan dalam lima tahun pertama operasi adalah lebih kepada pengenalan konsep dan imej perniagaan kami melalui strategi pengiklanan yang berkesan dengan kos yang rendah, seperti pengedaran risalah, ‘pamplet`dan `banner`. Selain itu kami juga akan mengadakan promosi setiap bulan dengan memberi ganjaran kepada pelanggan kami seperti potongan harga, baucer dan hadiah misteri. Selain itu juga kami akan berusaha untuk membuat promosi di sekolah-sekolah menengah dan institut pengajian tinggi dengan menyertai hari terbuka atau hari konvokesyen di tempat-tempat terbabit.

iv. Startegi Pengedaran: Kebanyakan kos pengedaran barang ke premis perniagaan adalah ditanggung oleh pembekal kecuali hanya beberapa barang, oleh itu dijangkankan kos pengedaran adalah kecil dan tidak membebankan.

7. Analisis Pesaing:
a. Pesaing:
    Disebabkan idea dan konsep perniagaan yang baru maka pesaing secara langsung dan terdekat masih belum wujud lagi, tetapi terdapat pesaing secara tidak langsung yang wujud. Maksud pesaing secara tidak langsung disini adalah perniagaan yang turut menjual barangan yang kami jual tetapi persamaan itu hanya melibatkan satu atau dua barang sahaja. Sementara para pesaing yang wujud di sekitar Bandaraya Johor Bahru pula terdiri dari kedai serbaneka 24 jam, gedung membeli-belah dan kedai-kedai konsep yang turut menjual satu atau dua produk yang menyamai produk yang kami jual. Bagaimanapun dengan strategi yang telah kami susun dengan izin tuhan persaingan yang wujud hanya memberikan sedikit kesan kepada kami.

b.Analisis SWOT :
i. Kekuatan :
   - Merupakan idea dan konsep baru.
   - Tidak mempunyai pesaing secara langsung.
   - Bertindak memisahkan pasaran dan membuat pasaran baru.
   - Satu-satunya perniagaan yang fokus dalam menjual barangan berasaskan coklat.
   Kekuatan Pesaing:
-          Sebahagian besar pesaing sudah mempunyai nama dan dikenali ramai.
-           Mempunyai pelanggan tersendiri.
-           Telah lama beroperasi.
-          Mempunyai modal yang besar dan cawangan yang banyak seluruh negara.

ii. Kelemahan:
-          Baru memulakan operasi dan tidak di kenali.
-          Peruntukan yang sedikit untuk membuat promosi besar-besaran.
-          Modal terhad.
Kelemahan Pesaing:
-          Tidak memfokus kepada barangan yang sama dijual oleh kami.
-          Kurangnya promosi terhadap barangan yang sama dijual oleh kami.

iii. Peluang:
    -    Membuat pasaran baru yang memfokuskan jualan barangan berasaskan coklat dan
          Gubahan coklat.
    -     Memperkenal  konsep, imej dan nama perniagaan kepada umum.

iv. Ancaman:
-          Kemasukan para pesaing baru ke dalam pasaran jika pasaran ini wujud dan berjaya.

v. Strategi Menghadapi Persaingan:
-    Membangunkan satu konsep yang boleh mewujudkan satu industri baru daripada   
      barangan yang telah sedia ada di pasaran.
-          Membuat promosi yang berterusan untuk memperkenalkan jenama dan menambat
hati dan fikiran pengguna.
    -    Menambah baik servis perkhidmatan dan membuat pembaharuan dalam perniagaan
untuk tempoh masa tertentu.
      
8. Kaedah Promosi dan Iklan:
Promosi dan pengiklanan adalah salah satu aspek yang akan diberi penekanan dalam operasi syarikat terutama sekali di peringkat awal penubuhan syarikat. Tumpuan promosi pada peringkat awal untuk menyedarkan penduduk sekitar Jitra tentang kewujudan perniagaan dan menarik minat mereka.  Kaedah promosi yang digunakan pada peringkat pertama adalah dengan mengedarkan risalah, poster, kain rentang, `banner` dan papan tanda yang kreatif untuk memperkenalkan dan menyedarkan masyarakat sekeliling tentang wujudnya perniagaan ini. Pada masa yang sama program promosi dalam bentuk tawaran diskaun dan pemberian hadiah misteri akan di adakan untuk menarik minat pelanggan. Pada peringkat kedua , program promosi akan ditumpukan untuk menarik minat pelanggan baru dan meluaskan kawasan promosi serta mengekalkan pelanggan yang sedia ada. Ini akan dibuat melalui peningkatan program promosi yang sedia ada dan melibatkan diri dengan aktiviti luar seperti menyertai pelbagai karnival, menyertai pesta hari konvokesyen IPTA berdekatan seperti UTM, kolej-kolej swasta dan sebagainya serta menyertai jualan hari terbuka sekolah-sekolah berdekatan. Selain itu juga kami berhasrat untuk memneri penajaan dalam aktiviti kemasyarakatan terutama yang melibatkan ramai orang. Pada peringkat ketiga ,dengan izin yang maha kuasa kami bercadang untuk mengiklankan perniagaan kami di corong radio, media cetak dan siaran televisyen.

  9. Perincian Aspek Kewangan :
a. Perincian Aliran Tunai Projek
Tunai yang ada untuk permulaan perniagaan ini  adalah sebanyak RM50500, kos
Barang dijual pula adalah sebanyak 70% daripada anggaran jualan bulanan. Anggaran  jualan bulanan pula dikira berdasarkan anggaran purata jumlah pengunjung dan perbelanjaan mereka setiap hari , disamping itu anggaran jualan juga dianggar dengan mengambil beberapa faktor pembolehubah seperti musim cuti sekolah atau bulan ramadan.Perbelanjaan pembangunan pula melibatkan 50% daripada jumlah tunai perniagaan, bagaimanapun jumlah ini hanya sekali sahaja dikeluarkan dan kos penyelanggaraan bulanan adalah rendah dan telah dikira didalam belanjawan. Kos operasi pula dianggarkan sekitar RM 6000 sebulan bagi tahun pertama dan kos operasi dianggarkan akan meningkat purata sebanyak 10% bagi setiap tahun berikutnya.

   b. Penyata Aliran Tunai Kewangan                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           
  Keperluan kewangan projek yang dapat dilihat dari penyata aliran tunai adalah       sebanyak RM 49318, oleh itu pinjaman sebanyak RM 50000 diperlukan untuk membiayai projek ini. Berdasarkan penyata aliran tunai dijangkakan jualan bagi tahun pertama operasi adalah sebanyak RM 227000, manakala kos barang dijual pula adalah sebanyak RM147000 dan kos operasi bagi tahun pertama adalah sebanyak RM85685. Jika di teliti keadaan tunai bulanan perniagaan bagi tempoh lima tahun menunjukkan sejumlah 35 bulan perniagaan mempunyai lebihan tunai sementara sebanyak 25 bulan perniagaan mengalami kekurangan tunai.
c. Penyata Untung Rugi
Berdasarkan penyata untung rugi didapati perniagaan ini akan memberi keuntungan     pada tahun kedua operasi dan seterusnya hingga tahun kelima. Pada tahun pertama operasi perniagaan ini mengalami kerugian sebanyak RM 5685, manakala pada tahun kedua operasi perniagaan ini mula mencatatkan keuntungan sebanyak RM 6530.2, tahun ketiga mencatatkan keuntungan sebanyak RM 20227.72, pada tahun keempat pula perniagaan ini mencatatkan keuntungan sebanyak RM 15248.65 dan pada tahun kelima keuntungan yang di catatkan kembali meningkat kepada RM 26214.76. Justeru itu daripada penyata untung rugi ini menunjukkan bahawa perniagaan ini boleh dijalankan dan mampu membawa keuntungan.

d.Titik Pulang Modal
Kos Operasi / Margin Kasar %






Tahunan
Bulanan
Harian
i. Tahun 1:    85685/30% =
285616.7
23801.38
793.38






ii. Tahun 2:   88169.8/30% =
293899.3
24491.61
816.38






iii.Tahun 3:   99672.28/30% =
332240.9
27686.74
922.89






iv. Tahun 4:  103851.35/ 30% =
346171.2
28847.5
961.58






v. Tahun 5: 109585.24/30%    =
365284.1
30440.34
1014.67






     











   Daripada analisis yang dibuat antara ramalan jualan dan titik pulang modal didapati pada tahun pertama hanya 3 bulan sahaja jualan yang melepasi titik pulang modal, oleh kerana itu didapati penyata untung rugi mencatatkan kerugian pada tahun pertama operasi. Bagaimanapun bermula dari tahun kedua hingga kelima jualan bulanan menunjukkan peningkatan dan melebihi titik pulang modal dan seterusnya untuk tahun-tahun berikut perniagaan mencatatkan keuntungan.





10. Kesimpulan
Berdasarkan maklumat, analisis, strategi, kerjasama, kerja keras, tunjuk ajar dan sumber pembiayaan yang dihulurkan , dengan izin Allah s.w.t maka projek perniagaan ini dapat dijalankan dan berdaya maju serta mempunyai harapan cerah untuk berkembang.
Maka dengan itu harapan kami agar kami diberikan peluang serta tunjuk ajar dari pihak yang berpengalaman luas  untuk kami merealisasikan impian ini.





























11. Lampiran :